Wanita dan bisnes
Oleh: Norhasliza Mohd.Shafi
Foto: Asril Aswandi Abd. Shukor
Heading:
Sungguh pun bergelar seorang pelajar ia bukan lah penghalang untuk Khairun Nisa Abdul Rahim untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan dan seterusnya meraih pendapatan yang lumayan. Buktinya, dalam bulan pertama sahaja selepas melibatkan diri dengan NZ New Image Sdn. Bhd. dan memasarkan produk Alpa Lipid Lifeline dan produk untuk menurunkan berat badan, SD 11, gadis ini sudah bergelar ‘supervisor’.
“Sebenarnya saya mula mengetahui tentang produk ini melalui pakcik saya. Pada mulanya pakcik memperkenalkan produk Alpa Lipid Lifeline kepada saya dan selepas mengambil produk ini dan merasai keberkesannya, saya mula percaya bahawa produk ini bukan sahaja hebat dari segi kualiti tetapi sudah tentu juga mempunyai pasaran yang hebat.
“Apabila saya sudah mula percaya dengan produk ini, pakcik telah mengajak saya untuk ke ‘business presentation’ yang diadakan di wisma bersejarah, Kuala Lumpur pada setiap hari rabu untuk mendengar tentang penerangan menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan ini.
“Saya mula mengkaji latar belakang syarikat NZ New Image Sdn Bhd.dan ternyata syarikat ini kukuh dan ia membekalkan 75 peratus kolostrum dunia selain membekalkan kolostrum gred terbaik dari New Zealand. Sejak detik itu saya menanam azam untuk menyertai perniagaan ini.
“Walau pun saya akui pada mulanya, saya agak kurang yakin dengan perniagaan produk jualan langsung tetapi selepas sebulan, permintaan terhadap produk ini di luar jangkaan. Tanpa saya sedari, 30 tin Alpa Lipid Lifeline yang saya beli tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan,”ujar Khairun Nisa yang menceritakan detik-detik permulaan melibatkan diri dengan perniagaan ini.
Pelajar jurusan seni lukis dan seni reka fesyen ini kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam secara separuh masa. Dalam kesibukan menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan, gadis manis yang berasal dari bumi Hang Tuah ini bijak mengatur langkah menjalankan perniagaannya.
“Alhamdulillah setakat kini saya tiada masalah untuk membahagikan masa antara pelajaran dan dunia perniagaan. Selalunya kelas saya hanya pada waktu hujung minggu sahaja jadi pada hari-hari lain saya menjalankan perniagaan. Jadi tidak timbul masalah dari segi pembahagian masa.
“Saya bertuah kerana keluarga saya memberikan sokongan sepenuhnya untuk saya melibatkan diri dalam perniagaan asalkan saya tidak mengabaikan pelajaran. Memang saya suka dengan bidang perniagaan dan saya berpendapat bahawa bidang pengajian yang saya pelajari sekarang ini pun saling berkaitan dengan dunia perniagaan,”ujar Khairun Nisa yang kini sedang mengusahakan butik muslimah miliknya sendiri yang kini masih dalam proses pengubahsuaian.
Croshead: Bercita-cita tembusi pasaran antarabangsa.
Walau pun tidak sampai setahun melibatkan diri dalam perniagaan ini namun Khairun Nisa sudah mampu tersenyum dengan pendapatan yang diperolehinya. Malah akui Khairun Nisa sejak menyertai perniagaan ini, kehidupannya mula berubah.
“Dengan produk ini ahli keluarga saya bukan sahaja pulih dari penyakit mereka tetapi dalam masa yang sama saya boleh menjanakan pendapatan yang lumayan bukan sahaja untuk diri saya sendiri tetapi juga dapat membantu keluarga.
“Kini saya lebih bersemangat untuk menceritakan kebaikan produk ini selain mengajak rakan-rakan untuk menjalankan perniagaan ini bersama-sama. Buktinya, dalam bulan kedua bersama NZ New Image Sdn. Bhd, dengan kepercayaan terhadap tiga orang rakan saya yang pada asalnya menjadi pengguna Alpa Lipid Lifeline, mereka turut menyetai membina perniagaan ini.
“Tanpa saya sedari, dengan membantu rakan-rakan dan saudara mara menjadi sihat, dalam masa yang sama, pendapatan saya mencecah empat angka hanya dalam masa yang singkat. Dan pada Mei yang lalu, tanpa disangka-sangka, saya telah layak mendapat royalti daripada pihak syarikat dalam bentuk tunai. Setakat ini hanya syarikat kami sahaja yang memberikan wang tunai dalam beg setiap enam bulan sebagai bonus ganjaran mencapai target jualan selain bonus yang diberikan setiap bulan,”terang Khairun Nisa mengenai perjalanan dunia perniagaannya yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.
Bagi memantapkan lagi perniagaannya, Khairun Nisa bijak mengatur strategi terutama dari segi pelan pemasaran. Malah dengan kekuatan produk yang dipasarkannya, dia yakin mampu menarik lebih ramai pelanggan.
“Setiap hari rabu kami akan mengadakan perjumpaan dengan ahli kumpulan. Pendek kata perjumpaan ini lebih kepada perbincangan untuk mengatur langkah dari segi pemasaran untuk memajukan lagi perniagaan kami.
“Walau pun wujud bermacam-macam jenis perniagaan jualan langsung tetapi saya yakin dengan perniagaan yang saya usahakan ini. Hal ini adalah kerana kekuatan NZ New Image Sdn. Bhd ialah pada produknya yang berkualiti.
“Kualiti produk Alpa Lipid Lifeline dan SD 11 membuatkan perniagaan yang saya usahakan ini semakin berkembang dari hari ke hari. Maka sebab itu lah saya tidak pernah bimbang dengan persaingan produk jualan langsung yang lain kerana yakin dengan kualiti produk yang memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan.”akui Khairun Nisa yang menasihatkan agar pengguna mendapatkan produk-produk ini daripada pengedar yang bertauliah bagi mengelakkan daripada membeli barangan tiruan.
Menyentuh tentang perancangan masa depan pula, Khairun Nisa mahu melipatgandakan usahanya untuk meluaskan perniagaan jualan langsungnya hingga ke luar negara. Manakala dari segi pendidikan pula, gadis ini merancang untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya meluaskan pasaran busana muslimahnya hingga ke luar negara.
“ Ini lah kerjaya professional yang membolehkan saya mengatur masa bekerja mengikut kehendak malah mendapat pendapatan seperti yang saya idam-idamkan selama ini. Bukan itu sahaja dengan cara perniagaan ini, saya juga berpeluang mengikuti percutian percuma yang ditaja oleh syarikat ke Istambul pada November ini nanti.
“Saya percaya bahawa dengan pelan pemasaran yang mudah untuk diikuti dan diambil daripada sistem ala francais, perniagaan ini serba lengkap dan tersedia kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan ini. Dengan sistem yang hebat dan mudah ini saya amat yakin untuk mengakhiri tahun ini dengan cemerlang iaitu melahirkan sekurang-kurangnya tiga orang ‘ruby eksekutif yang berpendapatan RM5000 keatas sebulan,”akhiri Khairun Nisa.
Bagi mereka yang ingin mencuba serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Alpa Lipid Lifeline/Slim Diet 2 dan menyertai kerjaya professional baru ini, boleh lah menghubungi talian yang berikut atau layari laman web www.thenewpro2u.com
Nisa (019-985 3398)