About Me

My photo
bandar sunway, selangor, Malaysia
Laman web ini THENEWPRO2U.com berfungsi sebagai saluran maklumat untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang produk berkhasiat Monavie Acai Berry keluaran syarikat Monavie. Kami BUKAN Pengedar Tunggal, kami merupakan Wakil Pengedar Bebas yang berdaftar di bawah syarikat Monavie. Bagi mereka yang ingin menyertai kami, segala syarat adalah tertakluk di bawah syarikat Monavie. Lawati laman web syarikat Monavie di www.monavie.com

Followers

Wednesday, June 25, 2008

fotoshoot for portfolio carolneesa....


insy dlm 2 or 3 minggu lagi i akan wat sesi fotoshoot dgn my fwen...my model would be syu, farah n myself...makeup artis would be sofia..ade koleksi busana muslimah skali..nanti kan gmbr2 terbaru nnt k..i akan tambah koleksi2 design yg br..bj yg di shoot stakat ni ade 10 helai jew..but i will add new design soon for busana...:)

wanita mag is out!!!!!

majalah wanita edisi julai.....
beli jgn x beli....:P

Tuesday, June 17, 2008

1st day teaching.....diploma student..

at 9 am td ade kelas pengenalan jahitan di lec room 4 with 6 students overall..wat mase skrg..myb bulan july tmbh lagi kot..tah la..x sure lagi..i merupakan lecturer fashion yg pertama kat sini..mmg best tp byk keje nak wat..
kene prepare...n die multi task...smlm i x de kelas..so i just wat nota for today pnye kelas..n bg kat student..smlm i start keje kat sini..tdy pas abis kelas kol 11 td ade keje plak..kene wat booklet..so ni ngah dwnload adobe illust katr komputer nie...smtra tggu die install, taip skit jap kat blog ni..hehe...best mmg best keje as lecturer ni tp penat gak la..students i seme stakat ni ok..dieorg pnye respon to me very gud..byk bertanye..n share pendapat..best la..sronok ngajar dieorg..ptg ni plak de meeting ngan jabatan..:)
stakat tu dulu fo today okay..esok i post lagi....;)

REMIX is out....cpt!!!! cpt!!!! KOSMO pun...

beli lah kosmo today...ade article tntg fashion show i..huhu... :P

Sunday, June 15, 2008

REMIX edisi july...

Beli lah majalah REMIX edisi july yg telah berada dipasaran skrg....
cpt!!!cpt!!!cpt!!! sementara stok masih ada..hahahhahaha..
majalah tu best sgt...happenning..n klakar..lots of info...
yg plng penting ade baju design i,nik n kak bell...x rugi beli.....:P

Friday, June 13, 2008

kosmo 17 june 2008

check out for kosmo 17 june 2008...!!!!!!!!!!!!!
beli jgn x beli !!!!!!!!!
:P

utusan - 21 mei 2008

Selamatkan bumi kami!


NABELLA Erwani Zainal Abidin (tengah), Nik Erwan Nik Roseli (kiri) dan Khairun Nisa Abdul Rahim (kanan) bersama para model memperagakan rekaan mereka. - Gambar ZAKARIA IDRIS


BANYAK cara untuk menzahirkan pendapat atau pandangan tentang sesuatu isu bukan sekadar melalui kata-kata atau hujung mata pena yang kadang kala boleh diibarat lebih tajam daripada mata pedang.

Bagi insan-insan yang dianugerahkan dengan kreativiti dan imaginasi di luar jangkauan minda biasa, menterjemahkan pandangan mahupun protes mereka melalui ekspresi seni masing-masing.

Justeru sebagai reaksi terhadap isu pemanasan global, seramai 28 pelajar tahun akhir Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, telah menyalurkan ‘protes’ mereka melalui rekaan-rekaan fesyen yang dipertontonkan kepada orang ramai dalam peragaan di Pusat Konvensyen dan Resort Intekma, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Peragaan yang dinamakan Pertunjukan Fesyen Degri ini merupakan hasil kerja para pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang rekaan fesyen yang menghasilkan rekaan mengikut tema utama yang diberi, iaitu ‘Pemanasan Global.’

Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan lima rekaan sama ada berkonsep kasual, gaun petang mahupun adi busana di mana pemarkahan akan dimasukan sebagai sebahagian daripada peperiksaan akhir mereka.

Tema utama ‘Pemanasan Global’ dipilih memandangkan dunia hari ini berhadapan dengan isu perubahan iklim yang begitu ketara dan menjejaskan kehidupan manusia. Sudah tiba masanya manusia bertindak balas secara positif bagi menyelamatkan alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.

Menurut Ketua Program Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam, Anas Musavir, tema tersebut dipilih oleh jabatan memandangkan bencana alam yang semakin ‘mengganas’ dan memusnahkan alam.

Melalui fesyen, para pelajar tersebut harus menghasilkan rekaan yang dapat mendidik manusia untuk menyayangi alam dan menjaganya dengan baik.

‘‘Pertunjukan ini banyak melibatkan aspek disiplin dan merupakan cabaran hebat kepada pelajar dalam menyempurnakan pengajian mereka.

“Setiap pelajar harus mengetahui mengenai stail, fabrik, gaya dan tekstur fabrik yang digunakan.

‘‘Daripada pertunjukan fesyen yang telah disaksikan, pencapaian mereka dilihat begitu memberangsangkan,’’ katanya yang ditemui selepas selesai pertunjukan fesyen.

Terpulang katanya, kepada setiap pelajar sama ada mereka mampu menyahut cabaran yang lebih hebat setelah mereka berada di luar dunia pelajar kelak.

Begitu pun beliau berbangga kerana UiTM berjaya melahirkan ramai pereka fesyen terkenal pada masa kini.

Mengenai fesyen-fesyen rekaan pelajar yang dipersembahkan pada pertunjukan tersebut, Anas berkata, pihaknya akan menyimpan koleksi-koleksi yang terbaik bagi memenuhi jemputan mana-mana pihak yang mahukan mereka mengadakan pertunjukan fesyen.

Pada pertunjukan fesyen yang diadili oleh Norazmi Mokhtar, Noraini Shariff, Jimmy Wong dan Jovian Mandalay ini, tiga pelajar telah dipilih mengungguli tiga kategori yang diperkenalkan iaitu Koordinasi Terbaik, Koleksi Terbaik dan Pertunjukan Terbaik.

Koordinasi Terbaik telah dimenangi oleh Khairun Nisa Abdul Rahim dengan temanya The Daring Flame, manakala Nik Erwan Nik Roseli yang tampil dengan tema Earthly Debacle meraih kategori Koleksi Terbaik dan Nabella Erwani Zainal Abidin memenangi kategori Pertunjukan Terbaik dengan memilih tema Melting of Glaciers.

Pertunjukan Fesyen Degri ini telah dirasmikan oleh isteri Naib Canselor UiTM, Datin Seri Zahariah Mohamed.


my design for "the daring flame"


my display..


my design technikal drw board..

display of my illustration and sketches drw..


my own design...

degraph glamorous nite (03.05.2008)


my design 2007 (kelas pn zainab)

me,syu,prinses and atiey...

wear my own design...:P

evry one looks great.... miss u olls...mmuuaahh...


order form

Name:
Email Address:
Mailing Address
Mobile Phone Number
Name of Item
Quantity of Purchase
Size (If Stated)
Payment Method Maybank
COD
Delivery Method PosLaju
COD

create web form